Shipping Policy Polisi Penghantaran
This Shipping Policy sets out the terms for production, shipping and delivery of all orders placed with Luna Rona. By placing an order, you agree to this policy. For a general guide, please also see our Shipping & Delivery page.
Polisi Penghantaran ini menetapkan terma bagi penghasilan, penghantaran dan penyampaian semua pesanan yang dibuat dengan Luna Rona. Dengan membuat pesanan, anda bersetuju dengan polisi ini. Untuk panduan umum, sila rujuk juga halaman Shipping & Delivery kami.
1. Made-to-Order Production
All our wedding cards are custom made to order. Production starts only after your design proof is approved and full payment is received.
- Standard cards: 7 to 14 working days
- Special finishes (linen lamination, custom die-cut shape, vellum wrap set, wax seal): 14 to 21 working days
- Large quantities (above 500 pcs): the timeline will be confirmed with you
Production time does not include shipping time.
1. Penghasilan Mengikut Tempahan
Semua kad kahwin kami dibuat khas mengikut tempahan. Penghasilan hanya bermula selepas bukti reka bentuk (proof) anda diluluskan dan bayaran penuh diterima.
- Kad standard: 7 hingga 14 hari bekerja
- Kemasan istimewa (linen lamination, custom die-cut shape, vellum wrap set, wax seal): 14 hingga 21 hari bekerja
- Kuantiti besar (melebihi 500 keping): tempoh akan disahkan bersama anda
Tempoh penghasilan tidak termasuk tempoh penghantaran.
2. Design Proof and Approval
Before printing, we will send a digital proof by email or WhatsApp. You are responsible for checking every detail carefully, including names, date, time, venue, spelling and wording.
Once you approve the proof, printing begins and no changes can be made. Luna Rona is not responsible for errors in details that you have approved.
2. Bukti Reka Bentuk dan Kelulusan
Sebelum dicetak, kami akan menghantar bukti digital (proof) melalui e-mel atau WhatsApp. Anda bertanggungjawab menyemak setiap maklumat dengan teliti termasuk nama, tarikh, masa, lokasi, ejaan dan ayat.
Setelah anda meluluskan proof, proses cetakan akan bermula dan sebarang perubahan tidak lagi boleh dibuat. Luna Rona tidak bertanggungjawab atas kesilapan pada maklumat yang telah anda luluskan.
3. Delivery Areas and Shipping Rates
We deliver via courier or postal service to the following areas.
All orders are delivered by postal or courier service only. Self-collection is not available.
Local delivery (Malaysia):
- Peninsular Malaysia: from RM15
- Sabah & Sarawak: from RM30
International delivery:
- Singapore: from RM90
- Brunei: from RM200
Shipping rates are "from" prices. International rates may vary depending on total parcel weight, dimensions and order quantity. For destinations outside Singapore and Brunei, please contact us via WhatsApp for a shipping quotation before placing your order.
3. Kawasan Penghantaran dan Kadar Penghantaran
Kami menghantar melalui perkhidmatan kurier atau pos ke kawasan berikut.
Semua tempahan dihantar melalui perkhidmatan pos atau kurier sahaja. Self-collection tidak disediakan.
Penghantaran tempatan (Malaysia):
- Semenanjung Malaysia: bermula dari RM15
- Sabah & Sarawak: bermula dari RM30
Penghantaran antarabangsa:
- Singapura: bermula dari RM90
- Brunei: bermula dari RM200
Kadar penghantaran ialah harga "bermula dari". Kadar antarabangsa mungkin berbeza bergantung pada jumlah berat bungkusan, dimensi dan kuantiti pesanan. Bagi destinasi di luar Singapura dan Brunei, sila hubungi kami melalui WhatsApp untuk mendapatkan sebut harga penghantaran sebelum membuat pesanan.
4. Delivery Time
Delivery time is calculated from the date your parcel is handed over to the courier and excludes production time. Estimated delivery times after dispatch:
- West Malaysia: 2 to 4 working days
- East Malaysia (Sabah & Sarawak): 7 to 10 working days
- International: 7 to 14 working days
These are estimates only and are not guaranteed. Delivery may take longer during public holidays, festive seasons, sales campaigns or bad weather.
4. Tempoh Penghantaran
Tempoh penghantaran dikira bermula dari tarikh bungkusan diserahkan kepada pihak kurier dan tidak termasuk masa penghasilan. Anggaran masa penghantaran selepas pesanan dihantar:
- Semenanjung Malaysia: 2 hingga 4 hari bekerja
- Sabah & Sarawak: 7 hingga 10 hari bekerja
- Antarabangsa: 7 hingga 14 hari bekerja
Ini hanyalah anggaran dan tidak dijamin. Penghantaran mungkin mengambil masa lebih lama semasa cuti umum, musim perayaan, kempen jualan atau akibat cuaca buruk.
5. Order Tracking
Once your parcel is shipped, we will send you the courier name and tracking number by email or WhatsApp. You may use it to follow your delivery at any time.
5. Penjejakan Pesanan
Setelah bungkusan anda dihantar, kami akan memberikan nama kurier dan nombor penjejakan melalui e-mel atau WhatsApp. Anda boleh menggunakannya untuk menjejak penghantaran pada bila-bila masa.
6. Delivery Address and Receiving Your Parcel
You are responsible for providing a complete and correct delivery address and phone number, and for making sure someone is available to receive the parcel.
If a parcel is returned because of a wrong or incomplete address, or because no one collected it, re-shipping fees will be charged to you.
6. Alamat Penghantaran dan Penerimaan Bungkusan
Anda bertanggungjawab memberikan alamat penghantaran dan nombor telefon yang lengkap dan betul, serta memastikan ada seseorang yang boleh menerima bungkusan tersebut.
Jika bungkusan dipulangkan kerana alamat yang salah atau tidak lengkap, atau tiada orang yang menerimanya, caj penghantaran semula akan ditanggung oleh pelanggan.
7. Damaged, Missing or Incorrect Items
We pack every order with great care to ensure your cards are well protected. If your order arrives with any errors, damage or missing items, please notify us within 7 days of receipt, and provide:
- your order number, and
- photographs as evidence.
Reports made after this period may not be accepted.
The following are not considered errors, damage or missing items:
- Colour differences between the printed card and the draft shown on your screen, which may be caused by screen settings, display quality or device type.
- A slightly higher quantity of cards than ordered, which may happen due to the production and printing process. Extra cards cannot be exchanged for cash or claimed as a refund.
The number of envelopes provided is based strictly on the quantity ordered.
7. Bungkusan Rosak, Kekurangan atau Kesilapan
Kami membungkus setiap pesanan dengan teliti bagi memastikan kad anda dilindungi dengan baik. Sekiranya pesanan yang diterima mempunyai kesilapan, kerosakan atau kekurangan, sila maklumkan kepada kami dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan, dengan menyertakan:
- nombor pesanan anda, dan
- gambar sebagai bukti.
Laporan yang dibuat selepas tempoh ini mungkin tidak diterima.
Perkara berikut tidak dianggap sebagai kesilapan, kerosakan atau kekurangan:
- Perbezaan warna antara kad yang dicetak dengan draf yang dipaparkan pada skrin, yang mungkin disebabkan oleh tetapan skrin, kualiti paparan atau jenis peranti.
- Kuantiti kad yang sedikit lebih daripada yang ditempah, yang mungkin berlaku disebabkan proses pengeluaran dan cetakan. Lebihan kad tidak boleh ditukar kepada wang tunai atau dituntut sebagai bayaran balik.
Kuantiti sampul yang diberikan adalah berdasarkan jumlah yang ditempah sahaja.
8. Delays, Loss and Courier Responsibility
Luna Rona is not liable for any delay, loss or damage that occurs once an order has been handed over to the courier service. For any issue related to delivery, you may need to contact the relevant courier service directly. We will assist where possible, for example by providing your tracking details.
8. Kelewatan, Kehilangan dan Tanggungjawab Kurier
Luna Rona tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kelewatan, kehilangan atau kerosakan yang berlaku selepas pesanan diserahkan kepada pihak perkhidmatan penghantaran. Bagi sebarang isu berkaitan penghantaran, anda mungkin perlu menghubungi pihak kurier yang berkenaan secara terus. Kami akan membantu sekiranya boleh, contohnya dengan memberikan maklumat penjejakan anda.
9. When to Place Your Order
We recommend placing your order at least 2 to 3 months before you plan to send out your invitations. This allows enough time for design, proof approval, production and delivery, with extra time for unexpected delays. If you need your cards by a specific date, please contact us before ordering.
9. Bila Patut Membuat Tempahan
Kami mengesyorkan agar anda membuat pesanan sekurang-kurangnya 2 hingga 3 bulan sebelum tarikh yang dirancang untuk menghantar jemputan. Ini memberikan masa yang mencukupi untuk reka bentuk, kelulusan proof, penghasilan dan penghantaran, di samping ruang tambahan sekiranya berlaku kelewatan yang tidak dijangka. Jika anda memerlukan kad pada tarikh tertentu, sila hubungi kami sebelum membuat pesanan.
10. Contact Us
For any questions about this policy, please contact us:
- WhatsApp: +60 17-773 9417
- Email: lunaronastudio@gmail.com
- Operating hours: Mon–Sat, 9am–6pm
10. Hubungi Kami
Sebarang pertanyaan berkaitan polisi ini, sila hubungi kami:
- WhatsApp: +60 17-773 9417
- E-mel: lunaronastudio@gmail.com
- Waktu operasi: Isnin–Sabtu, 9 pagi–6 petang
Luna Rona reserves the right to update this policy from time to time. The version published on this page applies to your order.
Luna Rona berhak mengemas kini polisi ini dari semasa ke semasa. Versi yang diterbitkan di halaman ini terpakai untuk pesanan anda.
