Refund Policy Polisi Bayaran Balik

Luna Rona (MA0352941-W) · Last updated: 27 October 2026 Dikemas kini: 27 Oktober 2026

This Refund Policy explains when refunds are available for orders placed with Luna Rona. It should be read together with our Terms & Conditions and Shipping Policy.

Polisi Bayaran Balik ini menerangkan bila bayaran balik boleh diberikan bagi tempahan dengan Luna Rona. Sila baca bersama Terma & Syarat dan Polisi Penghantaran kami.

1. Made-to-Order Products

All our wedding cards are custom made to order. Because each order is produced specifically for you, refunds are limited as described below. Once the printing process has started, the order cannot be cancelled or refunded.

1. Produk Mengikut Tempahan

Semua kad kahwin kami dibuat khas mengikut tempahan. Oleh kerana setiap tempahan dihasilkan khusus untuk anda, bayaran balik adalah terhad seperti yang dinyatakan di bawah. Setelah proses cetakan dimulakan, tempahan tidak boleh dibatalkan atau dibayar balik.

2. Deposit and Payment

  • A RM100 deposit is required for every wedding invitation card order.
  • The remaining balance must be paid in full before the printing process begins.
  • If you pay the full amount upfront, RM100 of the total is treated as the deposit and is subject to the cancellation terms below.

2. Deposit dan Pembayaran

  • Deposit sebanyak RM100 diperlukan bagi setiap tempahan kad kahwin.
  • Baki bayaran perlu dijelaskan sepenuhnya sebelum proses cetakan dimulakan.
  • Jika anda membuat bayaran penuh sekaligus, RM100 daripada jumlah keseluruhan dikira sebagai deposit dan tertakluk kepada terma pembatalan di bawah.

3. Order Cancellation and Refunds

Refunds depend on the stage of your order:

  • Before the draft is prepared: 50% of the RM100 deposit is refunded (RM50). Any amount paid above the deposit is refunded in full.
  • After the draft has been sent: no refund of the deposit (0%). Any amount paid above the deposit is refunded in full, if printing has not started.
  • After printing has started: cancellation is not accepted and no refund is given.

To request a cancellation, please contact us by WhatsApp or email with your order number.

3. Pembatalan Tempahan dan Bayaran Balik

Bayaran balik bergantung pada peringkat tempahan anda:

  • Sebelum draf disediakan: 50% daripada deposit RM100 dipulangkan (RM50). Jumlah yang dibayar melebihi deposit dipulangkan sepenuhnya.
  • Selepas draf dihantar: tiada pemulangan deposit (0%). Jumlah yang dibayar melebihi deposit dipulangkan sepenuhnya jika cetakan belum dimulakan.
  • Selepas cetakan dimulakan: pembatalan tidak diterima dan tiada bayaran balik.

Untuk membuat permohonan pembatalan, sila hubungi kami melalui WhatsApp atau e-mel bersama nombor pesanan anda.

4. Revision and Design Change Fees

Each order includes 3 rounds of revisions. Additional revisions are charged extra. A RM30 design change fee applies if you change the design after the draft has been prepared. These fees are for work already done and are not refundable.

4. Caj Pembetulan dan Pertukaran Design

Setiap tempahan termasuk 3 kali pembetulan. Pembetulan tambahan dikenakan caj. Caj pertukaran design sebanyak RM30 dikenakan jika anda menukar design selepas draf disediakan. Caj ini adalah untuk kerja yang telah dilakukan dan tidak boleh dipulangkan.

5. Errors, Damage or Missing Items

Please check your order as soon as you receive it. If it arrives with errors caused by us, damage or missing items, notify us within 7 days of receipt with your order number and photographs. We will review your report and, where the issue is confirmed, arrange a suitable remedy such as a reprint, replacement or refund.

5. Kesilapan, Kerosakan atau Kekurangan

Sila semak tempahan anda sebaik sahaja menerimanya. Jika tempahan diterima dengan kesilapan yang berpunca daripada kami, kerosakan atau kekurangan, sila maklumkan kepada kami dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan bersama nombor pesanan dan gambar. Kami akan menyemak laporan anda dan, jika masalah disahkan, mengatur penyelesaian yang sesuai seperti cetakan semula, penggantian atau bayaran balik.

6. What Is Not Covered

Refunds, reprints or replacements are not available for:

  • Errors in details you approved in the final draft, including names, dates, times, venues, spelling and wording.
  • Colour differences between the printed card and the draft shown on your screen.
  • A slightly higher quantity of cards than ordered. Extra cards cannot be exchanged for cash or claimed as a refund.
  • Delay, loss or damage that occurs after the parcel has been handed over to the courier. Please contact the courier directly.
  • Parcels returned because of a wrong address or because no one collected them. Re-shipping fees are charged to you.
  • Reports made after 7 days from the date of receipt.

6. Perkara Yang Tidak Dilindungi

Bayaran balik, cetakan semula atau penggantian tidak disediakan bagi:

  • Kesilapan pada maklumat yang telah anda luluskan dalam draf akhir, termasuk nama, tarikh, masa, lokasi, ejaan dan ayat.
  • Perbezaan warna antara kad yang dicetak dengan draf yang dipaparkan pada skrin.
  • Kuantiti kad yang sedikit lebih daripada yang ditempah. Lebihan kad tidak boleh ditukar kepada wang tunai atau dituntut sebagai bayaran balik.
  • Kelewatan, kehilangan atau kerosakan selepas bungkusan diserahkan kepada kurier. Sila hubungi pihak kurier secara terus.
  • Bungkusan yang dipulangkan kerana alamat yang salah atau tiada penerima. Caj penghantaran semula ditanggung oleh pelanggan.
  • Laporan yang dibuat selepas 7 hari dari tarikh penerimaan.

7. How Refunds Are Paid

Approved refunds are paid back to the original payment method or the bank account you provide. We will tell you the expected timeline when your refund is approved. Shipping fees are not refundable once the parcel has been shipped.

7. Cara Bayaran Balik Dibuat

Bayaran balik yang diluluskan akan dibayar semula melalui kaedah pembayaran asal atau akaun bank yang anda berikan. Kami akan memaklumkan jangkaan tempoh apabila bayaran balik anda diluluskan. Caj penghantaran tidak boleh dipulangkan setelah bungkusan dihantar.

8. Contact Us

For any questions about this policy, please contact us:

8. Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan berkaitan polisi ini, sila hubungi kami:

Luna Rona reserves the right to update this policy from time to time. The version published on this page applies to your order.

Luna Rona berhak mengemas kini polisi ini dari semasa ke semasa. Versi yang diterbitkan di halaman ini terpakai untuk pesanan anda.