Luna Rona (MA0352941-W)Luna Rona (MA0352941-W)
Frequently Asked QuestionsSoalan Lazim
Last updated:
Dikemas kini:
How do I place an order?
Choose your favourite design from our website, then contact us or submit your order details to confirm your booking. Orders are based on the designs available on our website.
When will I receive my design draft?
We will send your first draft within 7 working days after your deposit is received.
How many revisions can I make?
Each order includes 3 rounds of free revisions. Additional revisions are charged extra.
Can I change to a different design after the draft is ready?
Yes, but a RM30 design change fee applies.
Can I make changes after I approve the proof?
No. Once you approve the final proof, printing begins and no changes can be made. Please check names, date, time, venue, spelling and wording carefully before approving.
Bagaimana cara membuat tempahan?
Pilih design pilihan anda daripada laman web kami, kemudian hubungi kami atau hantar butiran tempahan untuk mengesahkan tempahan anda. Tempahan adalah berdasarkan design yang terdapat di laman web kami.
Bila saya akan menerima draf design?
Kami akan menghantar draf pertama dalam tempoh 7 hari bekerja selepas deposit diterima.
Berapa kali saya boleh membuat pembetulan?
Setiap tempahan termasuk 3 kali pembetulan percuma. Pembetulan tambahan dikenakan caj.
Bolehkah saya menukar kepada design lain selepas draf siap?
Boleh, tetapi caj pertukaran design sebanyak RM30 dikenakan.
Bolehkah saya membuat perubahan selepas meluluskan proof?
Tidak boleh. Setelah anda meluluskan proof akhir, proses cetakan bermula dan perubahan tidak lagi boleh dibuat. Sila semak nama, tarikh, masa, lokasi, ejaan dan ayat dengan teliti sebelum meluluskan.
How much is the deposit?
A RM100 deposit is required for every wedding invitation card order.
When do I pay the balance?
The remaining balance must be paid in full before printing begins. If you pay the full amount upfront, RM100 of it is treated as the deposit.
Berapakah deposit yang perlu dibayar?
Deposit sebanyak RM100 diperlukan bagi setiap tempahan kad kahwin.
Bila saya perlu membayar baki?
Baki bayaran perlu dijelaskan sepenuhnya sebelum cetakan dimulakan. Jika anda membuat bayaran penuh sekaligus, RM100 daripada jumlah tersebut dikira sebagai deposit.
How long does production take?
Standard cards take 7 to 14 working days. Special finishes (linen lamination, custom die-cut shape, vellum wrap set, wax seal) take 14 to 21 working days. For orders above 500 pcs, we will confirm the timeline with you. Production starts only after your proof is approved and full payment is received.
Does the production time include shipping?
No. Production time is separate from delivery time.
When should I place my order?
We recommend ordering at least 2 to 3 months before you plan to send out your invitations. This leaves enough time for design, proof approval, production, delivery and any unexpected delays.
Berapa lama masa penghasilan?
Kad standard mengambil masa 7 hingga 14 hari bekerja. Kemasan istimewa (linen lamination, custom die-cut shape, vellum wrap set, wax seal) mengambil masa 14 hingga 21 hari bekerja. Bagi tempahan melebihi 500 keping, kami akan mengesahkan tempoh bersama anda. Penghasilan hanya bermula selepas proof diluluskan dan bayaran penuh diterima.
Adakah tempoh penghasilan termasuk penghantaran?
Tidak. Tempoh penghasilan adalah berasingan daripada tempoh penghantaran.
Bila saya patut membuat tempahan?
Kami mengesyorkan anda menempah sekurang-kurangnya 2 hingga 3 bulan sebelum tarikh yang dirancang untuk menghantar jemputan. Ini memberi masa yang cukup untuk reka bentuk, kelulusan proof, penghasilan, penghantaran dan sebarang kelewatan yang tidak dijangka.
Where do you deliver and how much is shipping?
We deliver by courier or post. Shipping starts from RM15 for Peninsular Malaysia, RM30 for Sabah & Sarawak, RM90 for Singapore and RM200 for Brunei. Rates may vary with parcel weight, size and quantity. For other countries, please WhatsApp us for a quotation before ordering.
How long does delivery take?
After dispatch, delivery takes about 2 to 4 working days for West Malaysia, 7 to 10 working days for Sabah & Sarawak, and 7 to 14 working days for international orders. These are estimates and may be longer during public holidays, festive seasons, sales campaigns or bad weather.
How can I track my parcel?
Once your order is shipped, we will send you the courier name and tracking number by email or WhatsApp.
Can I collect my order myself?
No. All orders are delivered by post or courier only. Self-collection is not available.
What if I gave the wrong address or nobody receives the parcel?
Please make sure your address and phone number are complete and correct, and that someone can receive the parcel. If it is returned because of a wrong address or because nobody collected it, re-shipping fees will be charged to you.
Ke mana anda menghantar dan berapakah kos penghantaran?
Kami menghantar melalui kurier atau pos. Kos penghantaran bermula dari RM15 untuk Semenanjung Malaysia, RM30 untuk Sabah & Sarawak, RM90 untuk Singapura dan RM200 untuk Brunei. Kadar mungkin berbeza mengikut berat, saiz dan kuantiti bungkusan. Bagi negara lain, sila WhatsApp kami untuk sebut harga sebelum menempah.
Berapa lama masa penghantaran?
Selepas dihantar, penghantaran mengambil masa kira-kira 2 hingga 4 hari bekerja untuk Semenanjung Malaysia, 7 hingga 10 hari bekerja untuk Sabah & Sarawak, dan 7 hingga 14 hari bekerja untuk tempahan antarabangsa. Ini adalah anggaran dan mungkin lebih lama semasa cuti umum, musim perayaan, kempen jualan atau cuaca buruk.
Bagaimana saya boleh menjejak bungkusan?
Setelah tempahan dihantar, kami akan memberikan nama kurier dan nombor penjejakan melalui e-mel atau WhatsApp.
Bolehkah saya mengambil sendiri tempahan saya?
Tidak boleh. Semua tempahan dihantar melalui pos atau kurier sahaja. Self-collection tidak disediakan.
Bagaimana jika saya memberi alamat yang salah atau tiada orang menerima bungkusan?
Sila pastikan alamat dan nombor telefon anda lengkap dan betul, serta ada seseorang yang boleh menerima bungkusan. Jika bungkusan dipulangkan kerana alamat salah atau tiada yang menerimanya, caj penghantaran semula ditanggung oleh anda.
Why is the printed colour slightly different from my screen?
Colours may look different on screen because of screen settings, display quality and device type. Slight colour differences are not considered a defect.
Will I receive extra cards and envelopes?
You may receive a slightly higher quantity of cards than ordered due to the production process. Extra cards cannot be exchanged for cash or claimed as a refund. The number of envelopes is based strictly on the quantity ordered.
Will I get a soft copy of my design?
Soft copies, where provided, are in PNG or JPEG format.
Mengapa warna cetakan sedikit berbeza daripada skrin saya?
Warna mungkin kelihatan berbeza pada skrin kerana tetapan skrin, kualiti paparan dan jenis peranti. Perbezaan warna yang kecil tidak dianggap sebagai kecacatan.
Adakah saya akan menerima kad dan sampul tambahan?
Anda mungkin menerima kuantiti kad yang sedikit lebih daripada yang ditempah disebabkan proses pengeluaran. Lebihan kad tidak boleh ditukar kepada wang tunai atau dituntut sebagai bayaran balik. Kuantiti sampul adalah berdasarkan jumlah yang ditempah sahaja.
Adakah saya akan mendapat soft copy design saya?
Soft copy, jika disediakan, adalah dalam format PNG atau JPEG.
What should I do if my order arrives damaged, has errors or missing items?
Please check your order as soon as you receive it. Notify us within 7 days of receipt with your order number and photographs. Reports made after 7 days may not be accepted.
What if my parcel is delayed or lost by the courier?
Luna Rona is not liable for delay, loss or damage after the parcel is handed over to the courier. You may need to contact the courier directly, and we will help where we can, for example by providing your tracking details.
Can I cancel my order and get a refund?
Before the draft is prepared, 50% of the RM100 deposit is refunded. After the draft has been sent, the deposit is not refundable. Once printing has started, cancellation is not accepted and no refund is given. Please see our Refund Policy for full details.
Apa yang perlu saya lakukan jika tempahan diterima rosak, ada kesilapan atau kekurangan?
Sila semak tempahan sebaik sahaja diterima. Maklumkan kepada kami dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan bersama nombor pesanan dan gambar. Laporan selepas 7 hari mungkin tidak diterima.
Bagaimana jika bungkusan saya lewat atau hilang oleh pihak kurier?
Luna Rona tidak bertanggungjawab atas kelewatan, kehilangan atau kerosakan selepas bungkusan diserahkan kepada kurier. Anda mungkin perlu menghubungi pihak kurier secara terus, dan kami akan membantu setakat yang boleh, contohnya dengan memberikan maklumat penjejakan.
Bolehkah saya membatalkan tempahan dan mendapat bayaran balik?
Sebelum draf disediakan, 50% daripada deposit RM100 dipulangkan. Selepas draf dihantar, deposit tidak boleh dipulangkan. Setelah cetakan dimulakan, pembatalan tidak diterima dan tiada bayaran balik. Sila rujuk Polisi Bayaran Balik kami untuk maklumat penuh.
How do you use my personal details?
We use your name, contact details, address and wedding details only to process your order, communicate with you, arrange delivery and meet legal and accounting requirements. We do not sell your data. See our Privacy Policy for details.
Bagaimana anda menggunakan maklumat peribadi saya?
Kami menggunakan nama, butiran perhubungan, alamat dan maklumat majlis anda hanya untuk memproses tempahan, berhubung dengan anda, mengatur penghantaran dan memenuhi keperluan undang-undang dan perakaunan. Kami tidak menjual data anda. Sila rujuk Polisi Privasi kami untuk maklumat lanjut.
Contact us and we will be happy to help:
- WhatsApp: +60 17-773 9417
- Email: lunaronastudio@gmail.com
- Operating hours: Mon–Sat, 9am–6pm
Hubungi kami dan kami sedia membantu:
- WhatsApp: +60 17-773 9417
- E-mel: lunaronastudio@gmail.com
- Waktu operasi: Isnin–Sabtu, 9 pagi–6 petang
